Khamis, 8 Januari 2015

Rahsia Bella . Bab 1

Rahsia Bella .

           ''Mana pulak vest pengawas aku ni ? " getus hati Bella sambil tanganya sibuk membutangkan kemeja putih berlengan panjang yang sudah diseterikakan oleh pembantu rumahnya . Walaupun sudah berkali-kali Bella memberitahu Mek Nah , pembantu rumahnya itu , bahawa dia reti menyeterika pakaiannya sendiri namun bagaikan air lalu sahaja . Mek Nah tetap menyeterikakan pakaian buat Bella yang sudah dianggap bagaikan anaknya sendiri itu . Lagipun , Bella dan adiknya Niel ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh ibu dan bapanya . Mek Nah telah bekerja di rumah bangalo itu sejak Bella dilahirkan . Ini bermakna sudah 16 tahun Mek Nah bekerja di situ . Walaupun kedua-dua beradik itu mempunyai ragam yang banyak dan berbeza namun sehingga kini Bella dan Niel tidak pernah mengguris hati perasaan tuanya itu .

          Kaisara Nabilah . Nama yang dipilih oleh mama dan papa untuk aku . Kaisara bermaksud permaisuri . Nabilah pula membawa maksud cerdik pandai . Bila kedua-dua maksud tersebut digabungkan Permaisuri Cerdik yang dimaksudkan . Why not kita tambah 'yang ' diantara permaisuri dan cerdik tu . 'Puteri yang Cerdik '. Hahaha . Baru mantapp beb .. Aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent . Seorang pengawas dan mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang forensik . Mempunyai seorang adik lelaki yang terlalulah annoying dan belagak matured bernama Muhammad Daniel . Semua orang panggil aku Bella while adik aku diorang panggil Niel .

         Aku ada satu rahsia . Bukanlah rahsia yang besar mana pun . But just my family and my bestfriend je yang tahu (Norfaezah). The secret is I'm a famous writer for manga in Japan . Ya , it does't make any sense . But that's the truth . Aku start menulis storyboard from form 1 . Then , my papa sent my storyboard to his friend whom had a company there . The company name was Murukawa Publishing . That's company was located betul-betul kat tengah Tokyo . Even my papa pun tak sangka storyboard aku diterima malah banyak kali aku dapat tawaran untuk bekerja in that company . Tapi waktu itu , aku baru 13 tahun . Macam manalah aku nak hidup kat tengah-tengah bandar Megalopolis itu . Tapi kalau bab duit memang takde masalah . Gaji daripada buat storyboard saja pun boleh tanggung sebuah keluarga kat Malaysia ni . Nilai duit negara matahari terbit itu kan tinggi . Jadi rezeki memang terbentang depan mata . Tapi , rezeki aku untuk kerja kat sana tak kesampaian lagi. Aku mengambil keputusan untuk masih terus belajar di sekolah  dan membuat storyboard di rumah . Bagi aku ini lebih mudah , buat storyboard then hantar kat editor and ilustrator melalui email atau pos laju . Mudah .